Wednesday, March 30, 2011

YANG TERUTAMA: Koleksi Seni Bekas Duta-duta Besar Malaysia






Yang Terutama adalah sebuah pameran yang menghimpunkan koleksi karya hasil koleksi peribadi daripada 14 orang bekas duta besar Malaysia yang telah dijemput khas untuk pameran ini.




Pameran ini selain daripada ingin melihat kaitan koleksi peribadi duta, ia juga sebagai satu simbolik penyataan terima kasih kepada para duta dan Kementerian Luar Negeri yang telah, akan dan sentiasa memberikan kerjasama serta sokongan kepada institusi seni di Malaysia.






____________________
Exhibition Open
14 March - 24 April 2011
Gallery 2A

Tuesday, January 25, 2011

KINGDOM OF REBEL#2: Mash Cultura















KINGDOM OF REBEL#2 : Mash Cultura



.



Sebuah program pameran berbentuk 'New Media' (Sound Art) akan diadakan di Balai Seni Lukis Negara bermula 18 Mac 2011. Empat buah negara akan menyertai projek ini iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina. Program ini akan menampilkan persembahan khas dari beberapa kumpulan seperti SoSound, Gog Lee Kwang, SGE, HONF, TUTOK dan Post Museum.



Program ini juga melibatkan eksperimentasi dan penerokaan bunyi yang luar dari kebiasaan serta penyelidikan, perbincangan, kolaborasi, kerja-kerja laboratori, persembahan dan pameran.



____________________
Exhibition Open
18 March - 18 April 2011
Reka Gallery

Wednesday, January 12, 2011

BACK THEN,THESE DAY











.


‘Back then, These days’ merupakan sebuah pameran yang memperlihatkan karya seni cetak himpunan tetap Balai Seni Lukis Negara yang menyentuh penggunaan medium terhadap pragmatik kreasi karya cetakan pelukis Malaysia.


.


____________________


Exhibition Open


10 Jan 2011 - 27 Feb 2011


Reka Gallery


Monday, November 15, 2010

BAKAT MUDA SEZAMAN 2010




















.


Anugerah Bakat Muda Sezaman merupakan acara tradisi pameran dan pertandingan yang diadakan di Balai Seni Lukis Negara sejak tahun 1974. Kemunculan Bakat muda Sezaman ini dianggap istimewa kerana ia membuka lembaran baru bagi pelukis muda menunjukkan kreativiti dalam senilukis. Pertandingan ini diadakan setiap dua tahun sekali bagi mencungkil bakat dan menyemarakkan daya saing di kalangan pelukis muda.


.


____________________
Exhibition Open
30 Nov 2010 - 30 Jan 2011
Gallery 2A, 2B, 3A & 3B