Monday, March 2, 2015

Pertandingan Melukis kanak-kanak, WIRAKU


Kuala Lumpur, Khamis, 25 Jun 2009 – Konsep Satu Malaysia yang diumumkan oleh Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, merupakan satu konsep sosio-politik yang berteraskan cita-cita untuk membina satu era baru Malaysia menerusi satu transformasi yang besar ini bermatlamat untuk mewujudkan dan menghuraikan aspek-aspek budaya kecermelangan. Disamping itu menyentuh nilai-nilai ketabahan dan ertika perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang mendasari elemen kemajmukan rakyat Malaysia dan lain-lain aspek kenegaraan yang sewajarnya menjadi teras serta input kepada Konsep Satu Malaysia.


Melalui pendekatan ini, BSLN yang ditaja sepenuhnya oleh Affin Bank Berhad bersama MUBARAK (Majlis Wakil Rakyat Malaysia) melihat akan keperluan menyumbangkan daya usaha untuk menghalusi dan meperincikan konsep ini. Daya usaha ini pasti dapat membantu Negara untuk segera menterjemahkan konsep ini menjadi dasar dan program perjuangan nasional yang efektif dan bermanfaat melalui pertandingan yang diadakan ini. Sasaran program ini adalah melibatkan seramai 585-600 orang pelajar daripada 195 buah sekolah (SK, SJK Cina, SJK India di wilayah Persekutuan (Darjah 3, 4, dan 5). Para pelajar telah melakarkan lukisan mengikut tema yang ditetapkan iaitu Wiraku, Patriotisme: ke arah Satu Malaysia. Bahan dan bahantara adalah pengunaan semua jenis bahan media selain dari cat minyak dan akrilik. Pertandingan telah diadakan di perkerangan BSLN. Agensi perlaksana adalah terdiri daripada BSLN, MUBARAK, Affin Bank Berhad dan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan.

No comments: