Monday, March 2, 2015

PAMERAN WARISAN SENI SEMPENA EKSPO SAMBUTAN HARI HARTA INTELEK NEGARA, KLCC 22-26 APRIL 2009







Pameran sempena Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2009 telah diadakan di KLCC yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek kepada masyarakat dan negara, seterusnya menggalakkan penghasilan lebih banyak harta intelek di kalangan masyarakat sebagai sumber kekayaan baru negara.


BSLN telah membawa beberapa karya dari himpunan koleksi negara untuk dipamerkan di ekspo ini. Selain itu, beberapa buah katalog yang mengandungi himpunan karya terbaik telah dipamerkan sebagai rujukan dan sebagai mempromosi BSLN.

No comments: