Monday, March 2, 2015

Pameran Reka Tee TV3






Pameran Reka Tee yang diadakan di Galeri 2C (aras 2) merupakan hasil pertandingan rekaan T-shirt TV3 sempena ulangtahun ke-25 TV3. Tujuannya untuk mengajak orang ramai untuk berkongsi minda dan bakat kreatif disamping memenangi hadiah yang lumayan.

TV3 telah menerima 5 ribu penyertaan dari pelbagai latar belakang sejak 1 Februari hinggalah ke tarikh tutup 1 April 2009 dan 50 penyertaan terbaik telah terpilih ke peringkat akhir.

TV3 juga telah mempamerkan beberapa Reka T-shirt terbaik di Balai Seni Lukis Negara sepanjang Jun ini. Juga di lokasi Karnival Jom Heboh iaitu di JB, Sarawak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.




T-shirt yang terpilih akan dicetak sebagai Tshirt edisi khas Ulangtahun ke 25 untuk dijual kepada orang ramai ketika konsert ulangtahun TV3 pada bulan Jun nanti.

No comments: