Monday, March 2, 2015

GRAFIK AWAL 28 Mac - 30 April 2009











BSLN telah mengambil inisiatif untuk menampilkan himpunan poster-poster seawal 1960an. 'Grafik Awal 60-90' mempertontonkan sejumlah 49 keping poster yang telah dikumpul selama hampir 30 tahun. Poster-poster tersebut merupakan poster acara bertujuan untuk mempromosi pameran yang berlangsung di BSLN.


Menerusi pameran ini, seni reka poster telah dianjak dari hanya berperanan sebagai wahana pehubungan kepada pewakilan seni halus. Dunia kontemporari mencari takrif baru seni dan perubahan itu menjadi lebih informatif dan mendidik, iaitu dua nilai yang menjadi kerangka asas pengkaryaan poster.


No comments: