Monday, March 2, 2015

PAMERAN BATIK TANG








.

Pameran Batik ini merupakan pameran yang ketiga dari siri pameran Artist Membership di Galeri Kafe, Balai Seni Lukis Negara. Pelukis Tan Kok Hwa atau lebih dikenali sebagai "Batik Tang" adalah seorang yang berpengalaman di arena Batik Malaysia dan mempamerkan 40 buah lukisan batiknya.

.

Hasil karya dari tahun 1972 hingga tahun 2009 telah dipamerkan dalam pameran ini. Ia merupakan 37 tahun perkembangan dan eksprimentasi dalam cara "Batik Tang" sendiri. Lukisan beliau memaparkan latar belakang tradisi dan budaya pelukis di Pulau Pinang. Melalui sifat tekun dan tenaga yang mengkagumkan,"Batik Tang" berusaha untuk mencipta karya seni batik dalam pelbagai teknik dan media.

No comments: