Monday, March 2, 2015

Pameran DUNIA PESONA FRIM, 2 JUN 2009



Kuala Lumpur, 2 jun 2009: Tiga orang pelukis telah menjalinkan usahasama denagn Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Balai Seni Lukis Negara bagi mengadakan pameran lukisan yang bertemakan ‘’The Enchanting World of FRIM on Canvas in the Eyes of Rizlan, Ghani & Rafie’’ telah bermula hari ini.


Diinspirasikan daripada pertandingan Fotografi yang bertemakan ‘’ The Enchanting World of FRIM, Through the Lense’’ yang dianjurkan oleh FRIM awal tahun ini untuk meningkatkan kesedaran bertapa pentingnya penjagaan alam sekitar, para seniman tersebut telah mencetuskan satu idea agar satu kerjasama dengan pihak FRIM dapat direalisasikan dalam mempromosi kesedaran dan penghargaan terhadap alam sekitar, dan kali ini melalui seni.


Sebanyak 35 bukan lukisan bermotifkan kehijauan FRIM dihasilakn, di mana 30 daripada lukisan tersebut akan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara selama dua minggu.

.Majlis pembukaan pameran tersebut telah dirasmikan oleh timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Puan Aziyah Mohamed bertempatDi Balai Seni Lukis Negara pada jam 3.00 petang.Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr .Abd. Latif B. Mohamod dan Pengerusi Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara Dato’ Seri Abdul Azim Bin Mohd Zabidi turut hadir di majlis perasmian tersebut.

.
Beberapa hasil karya yang dipamerkan di situ akan dibawa ke FRIM di Kepong untuk dipamerkan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 7 Jun.Sebahagian daripada hasil jualan karya-karya tersebut akan disumbangkan oleh Rizlan Gallery kepada tabung pendidikan alam FRIM

No comments: