Thursday, March 29, 2012

Pameran ‘The Last Harvest, An International Exhibition of Paintings’


Pameran ‘The Last Harvest, An International Exhibition
of Paintings’ oleh Rabindranath Tagore


Balai Seni Visual Negara (BSVN) dengan bangganya menjadi tuan rumah kepada pameran lukisan oleh penyair dan ahli falsafah terkemuka dari India yang merupakan pemegang Anugerah Nobel yang pertama dari Asia, (1913) Rabindranath Tagore. Pameran ini bersempena sambutan ulang tahun ke-150 kelahiran Tagore dan dihasilkan melalui kerjasama antara Kementerian Kebudayaan India dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta BSVN. Berkonsepkan komunikasi seni artis, pameran menghidangkan himpunan karya yang dapat menarik pengamatan pengunjung terhadap minda dan emosi salah seorang tokoh sastera terkemuka Asia abad ke-20. Pameran ini mengemukakan sebanyak 49 karya asal Tagore yang baru sahaja selesai pertunjukkannya di “Victoria and Albert Museum”, London yang dikuratorkan oleh Professor R.Siva Kumar.

JAPAN CHARACTER







PAMERAN AMRON



Amron Omar adalah seorang seniman yang telah lebih 30 tahun bergelumang dalam dunia seni visual tanahair. Beliau telah banyak melahirkan karya catan, lukisan dan sketsa yang mempunyai kualiti visual yang amat terpuji. Daya visual karya-karya beliau amat tajam dan tuntas dari aspek persembahannya. Dari segi pelaksanaan visualnya, karya-karya beliau telah berada pada tahap advance (lanjutan/ tertinggi). Secara ringkas keadaan tersebut berlaku akibat dari tahap kepekaan, daya pemerhatian dan pencernaan beliau yang amat tajam dan berdisiplin dalam membina gubahan visualnya. Hal tersebut juga berlaku hasil dari kemahiran kawalan, kematangan dan kepekaan tinggi beliau dalam penggunaan bahantara dan medium seni yang digunakan.

Idea karya-karya Amron Omar pula yang kebanyakkannya berakar dari tradisi Melayu, khususnya dari dunia seni mempertahankan diri, telah mencetuskan satu keadaan dan fenomena yang berupaya membangkitkan semangat dan sifat ‘kedirian’ pemerhati Melayu/Islam dalam konteks tempatan. Selain itu karya-karya beliau telah berjaya secara intrinsiknya untuk menggambarkan sisi sifat budaya masyarakat Melayu tradisional dalam arus budaya kehidupannya. Keberadaan karya-karya Amron Omar juga secara umumnya telah berjaya memberi sifat tempatan (Timur) yang tulus, walaupun bentukan karyanya masih dalam kerangka Barat. Kesatuan yang harmoni di antara nilai Timur dan Barat tersebut telah berjaya diadunkan dengan sebegitu bijak, matang dan mengagumkan.

Berdasarkan sifat bentukan dan idea yang dinyatakan secara ringkas di atas, disertakan pula dengan sifat ketekalan kesenimanan yang ditunjukkan, tidak syak lagi bahawa Amron Omar adalah di antara seniman terbaik dan paling tekal yang pernah muncul dalam landskap seni moden Malaysia. Beliau telah membina reputasi tinggi dalam zahir karyanya, selain turut menyumbang secara signifikan kepada anjakan aras kualiti dalam konteks sejarah catan moden Malaysia.

ii

“PERTARUNGAN” adalah sebuah pameran perseorangan pertama bagi pelukis Amron Omar. Anak bongsu dari tiga belas adik-beradik ini telah dilahirkan di Alor Setar, Kedah dengan memulai dunia seni lukisnya semenjak awal lagi di bangku sekolah. Detik penghargaan dan perhatian oleh pihak sekolah terhadap lukisannya yang dihasilkan ketika dalam darjah satu iaitu ‘Tahan Taut’ yang telah menjadi penghias kulit hadapan Majalah Tahunan Sekolah Rendah Sungai Korok Baru pada tahun 1964, telah mencetuskan semangat, minat, kemahiran dan tahap penaakulan beliau terhadap seni lukis.
Sekitar tahun 1965, Cikgu Saidin, Guru Besar sekolah beliau telah menunjukkan karya lukisan berasaskan garis (line drawing) oleh Ibrahim Hussein yang juga merupakan saudara kepada gurunya, telah membina lagi persepsi dan pesona Amron terhadap seni lukis ketika itu.

Bakat dan kemahuan Amron di dalam seni lukis juga telah didorong dengan kuat sekali oleh ayahnya iaitu Lebai Omar bin Jaafar, seorang yang sangat berkebolehan dalam pertukangan, masak-memasak dan juga sebagai guru Kuntau. Hal tersebut telah diperlihatkan melalui usaha ayahnya membina ‘topang lukisan’ (easel) sewaktu Amron berada di dalam darjah tiga pada tahun 1966.

Latihan dan kemahiran melukis figura secara tidak formal juga telah diasah oleh Amron melalui tempahan lukisan potret dan tunjuk ajar oleh bapa saudaranya, Tok Cik Hasan iaitu seorang pelukis poster wayang yang terkenal di Pekan Alor Setar. Melalui Tok Cik Hasan (orang yang mencipta imej bagi logo jenama ubat Cap Kaki Tiga), Amron memahami dua perkara penting tentang melukis figura iaitu yang pertama tentang menggunakan kaedah graf/grid dan keduanya tentang tona warna kulit.

Peristiwa dan kisah di atas telah menolak Amron mencari kebenaran ilmu melalui guru-gurunya di Institut Teknologi Mara (ITM) yang terdiri daripada Joseph Tan, Sulaiman Esa, Fauzan Omar, Ruzaika Omar Baseree, Chris Cunny, Ariffin Mohd Ismail, Choong Kam Kow dan beberapa nama yang lain secara formal.

Tekad dan nada Amron mencari jalan kesempurnaan diri cukup terserlah dari siri-siri karya ‘Pertarungannya’. Pertarungan adalah sebuah pameran yang merefleksi akan diri seorang Amron. Ianya sebuah pertarungan diri yang menyoal dan mencari jawapan dari proses yang panjang. Kadang-kadang jawapannya diterjemahkan dalam karya manakala sebahagiannya lagi diterjemahkan ke dalam perjalanan diri Amron. Sebahagian proses pertarungan tersebut telah dilalui secara sederhana dan mendasar oleh beliau.

iii

“PERTARUNGAN Amron Omar” memaparkan lebih 150 buah karya terpilih dari Siri “Pertarungan” yang diatur mengikut kronologi masa. Terdiri daripada karya cat minyak atas kanvas, karya-karya atas kertas dan board serta 608 keping karya lakaran atas tisu. Untuk itu, hasil kerja tangan Amron tersebut kami bahagikan kepada 2 Bahagian iaitu Bahagian Catan (paintings) di Galeri 3B dan Bahagian karya atas kertas (Works on paper) di Galeri 3A. Secara kolektifnya, hampir keseluruhan karya yang berada di dalam pameran ini dipinjamkan daripada para kolektor yang budiman dan begitu setia mengikuti perjalanan seni Amron

Saksi dan Bukti



Koleksi Himpunan Tetap Balai Seni Visual Negara
dan Koleksi Pelukis Permanent Collection of the National
Visual Arts Gallery and Artist Collection
ANASSUWANDI dan FAUZULYUSRI


Pameran ‘Saksi dan Bukti’ ini mempamerkan sejumlah lakaran pelukis yang telah diperolehi oleh Balai Seni Visual Negara(BSVN). Pameran ‘Saksi dan Bukti’ ini menampilkan dua orang pelukis iaitu Anassuwandi dan Fauzulyusri. Sempena pameran ini, kumpulan kuratorial telah meminjam beberapa objek sokongan pelukis seperti peralatan, subject matter, bahan kajian, keratan suratkhabar,buku katalog, fotografi dan objek harian sebagai melengkapkan tema pameran ini.
Anassuwandi dan Fauzulyusri, bukan nama asing dalam dunia seni lukis moden di Malaysia. Kedua – duanya adalah anak kelahiran Kedah, disatukan dalam sebuah pameran ‘Saksi dan Bukti’. Menyatukan dua seniman ini dalam satu ruang pameran, ianya memberi satu impak hebat dimana sebahagian kesemua lakaran pelukis di pamerkan ini. Lakaran ini bukan bersifat ‘siap’,’cantik’ atau ‘ideal’. Lakaran merupakan satu proses di mana ada setengah lakaran tidak disempurnakan, komposisi ,kadar banding dan sebagainya tetapi ianya sebuah proses terhadap karya akhir mereka samada di atas permukaan kanvas atau kertas atau apa sahaja permukaan. Tiada perkataan ‘salah’ dan ‘benar’, kerana lakaran merupakan proses pemikiran seniman sewaktu masa tersebut yang direkodkan terus ke dalam bentuk, warna, nombor dan huruf.
Objektif pengumpulan lakaran pelukis ini dibawah kategori koleksi arkival BSVN bertujuan membina satu gedung perkongsian data dan ilmu pengetahuan di antara penyelidik, kurator dan masyarakat seni umumnya. Selain berhasrat BSVN sebagai pusat rujukan terpenting bagi penyelidik seni mengenali diri pelukis secara ‘intepretasi terbuka’ terhadap bukti yang di zahirkan.“Saksi”: orang yang mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa(dan boleh memberi keterangan) dan “Bukti”: keterangan yang nyata, tanda kebenaran, dalil.
Penulis wacana kesenian atau sejarawan seni yang membicarakan tentang pelukis secara automatik merupakan saksi penting perkembangan pelukis. Rakaman audiovisual ( video, fotografi dan rakaman suara)kini sudah menjadi metod baru dalam menyaksikan ‘saksi’ memberi keterangan dan perspektif tentang diri atau karya pelukis itu sendiri.
Pameran ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sesuatu yang sangat ‘rare’ kerana bukan kesemua lakaran, proses, perubahan, dan ide mereka di dedahkan kepada masyarakat seni dan ianya satu pendedahan ekslusif untuk masyarakat umum.
BSVN sentiasa membuka peluang supaya dapat memberi akses kepada penyelidik dalam mengali sedalam mungkin tentang diri seniman mahupun karya agung seniman melalui penyaksian dan pembuktian dalam pameran sebegini untuk menzahirkan gedung ilmu dan pembinaan cabang kesenian.Dalam konteks seni visual, arkival merupakan bahan atau objek sokongan yang membantu masyarakat memahami tentang seseorang individu atau seniman samada menyelami pemikiran, prinsip, aktiviti, praktis dan cara hidup.

KONSEPTUAL


.
Balai Seni Visual Negara (BSVN) telah mengumpul karya pelukis tempatan dan antarabangsa sejak 1958 lagi. Adalah menjadi hasrat BSVN untuk mempamerkan semula koleksi-koleksi yang dianggap penting dalam himpunannya sebagai rujukan dan tatapan umum.
.
Koleksi kali ini, ingin membawa penonton kepada suatu bentuk seni yang dinamakan seni konseptual, iaitu suatu persembahan bentuk seni yang menekankan pada persoalan konsep dan idea dalam pengkaryaan.
.
Galeri 1A
9 Okt 2011 – 26 Mac 2012